Saturday, October 17, 2009

Paintball with Roxar

Ehem..ehem..salam semua..sari berita penting..Aku main paintball...hahaha..

Siapa Roxar??Roxar adalah company yang hire aku sekarang. Kalau nak diikutkan, aku akan tamat kontrak dgn mereka 5 Nov nanti. Tapi aku telah dikhabarkan yg kontrakku akan disambung. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi. Amin.

Gambar kat sebelah ni antara mereka-mereka yg telah berjuang mempertahankan group masing-masing dari menerima kekalahan. Tapi biasalah, adat permainan. Ada yg menang, ada yg kalahkan. So, semuanya bermain hanya untuk suka-suka. Tapi, layanzzzz!!! Hahaha..

Kami main paintball ni dekat Taman Cahaya Sri Alam, Shah Alam *kalau tak silap aku la..hehe Bulan Julai hari tu. Tapi tarikh aku dah lupa. Masa?? Semestinya pagi, tapi biasalah janji Melayu. Kata nak mula jam 9, tapi kalau tak silap aku pukul sepuluh baru start sebab Mat Saleh tu, yg pakai coverall oren tu katanya sesat. Kesian.

Di bawah ni adalah profile penyerang-penyerang pada hari tersebut:

ANTI IRMA

1- Zul. The team leader. Nama famous KKJ. Asal kejadian nama tu aku x tahu.hehe
2- Frode. The main and easy target. Sebab game tu sempena re-location beliau ke Norway, negara asal kejadian beliau. Lagi satu, aesy target sebab warna baju yg sangat-sangatlah senang untuk dijadikan mangsa.haha
3- Nazhrhat. The survivor in the 1st game. Tapi kalah jugak. Aku yg tembak.ngehngeh.
4- Syazlie. The Badang. Kira kalau versi orang putih, macam Hercules lah. Pernah makan muntah hantu kot dulu. Tu yg dia dpt nama tu. Haha
5- Imran. The invited one. Dia ni sepupu Duan.
6- Kak Paei @ Faizah. The only ladies. Walaupun begitu, dia tetap berjuang! Ewah.


ANTI ZUL

1- Irma- The Mama. Merangkap leader untuk team aku.
2- Maiza- The cheater. Mana ada. Aku main tembak je. Ikut dan peluru aku la nak gi mana.Hehe
3- Ridhuan. The sharp shooter. Semua orang gerun dgn dia.
4- Ashphan. The silent killer. Bukan pasal dia suka bunuh @ tembak orang senyap-senyap, tapi sbb dia ni x banyak cakap.Boleh???kiki
5- Nazroel. The betrayer. Ini antara yg paling digerami oleh team aku. Mana tidaknya, setiap game dia main, mesti ada team-mate dia sendiri dia pergi tembak. Gila agaknya. Huh!
6- Jason. The "leng chai". Masih single and available. Sesiapa yg berminat, sila hubungi saya di talian-panas 1 800 888, terus la menekan. Haha

Jadual permainan bermula setelah Frode dan Syazlie sampai. Kami yang sampai agak awal sempat beramah mesra dan menjamu selera. Membuat persiapan untuk diri masing-masing yg bakal di tembak.

Menaiki tramp untuk ke tempat paintball. Seronok. Lalu sawah padi yg tak lah besar mana. Tengok keluarga-keluarga yg menaiki basikal di hujung minggu. Ada juga pelancong asing. Sampai "war zone" dalam lebih kurang 5 minit. Sampai-sampai saja hati aku dah berdebar-debar. Cuak juga lah.

Kami dipanggil untuk diberi penerangan tentang bagaimana permainan ini dimainkan. Apa alatan-alatan yang digunakan, ciri-ciri keselamatan yang perlu ada dan yang lain-lain. Mungkin sebab Frode ada ketika itu, jadi yang memberi penerangan tu guna bahasa Inggeris. Sesudah selesai diberi penerangan, kami diberi tag nombor setiap seorang. Tujuannya adalah untuk mehambil alatan mengikut nombor yg dipegang, dan yg paling penting adalah untuk ambil makan tengah hari.Hahaha. The most important part, jangan hilangkan barang yg sedang digunakan. U'll be fine. Huhuhu.

* Amacam??Ada gaya x??Gaya, mutu, keunggulan..Haha

* Sebelum game bermula. Sesi fotografi harus didahulukan.Hehehe

1st Game
The game begins!Haha. Setelah siap berpakaian dan ciri-ciri keselamatan kami diutamakan, kami di bawa masuk ke salah 1 "war zone". Zul kata, kat situ ada 6 seksyen. "War zone yg pertama tu tak tahulah yg nombor berapa. Masuk-masuk saja, cabaran yg belum bermula dah terasa. Dengan rasa rimas memakai mask yg memang diwajibkan untuk pakai. Bayangkan, dah berapa ramai yg dah pakai mask tu??Aduh! Tapi dah minat aku, mencabar diri sendiri. Aku teruskan jugak.

Seingat aku, tak sampai beberapa minit game bermula aku sudah ditembak. Siapa yg tembak, tak tahu la. Sebab "war zone" tu sebiji macam masuk hutan betul. Pandai-pandai la nak sembunyikan diri kat mana. Kami ada 3x nyawa. Kalau dah kene tembak 3x, kami tidak dibenarkan lagi berada dalam permainan. Lepas tu, kami diberi masa 25 minit untuk mempertahankan bendera masing-masing. Kiranya, kalau bendera berubah warna membawa maksud yg kerajaan yg ada sudah digulingkan.

Selepas ditembak kali kedua, aku masuk balik dalam "war zone". Kali ni macam dah biasa dgn kawasan tu, aku berganjak sedikit demi sedikit ke hadapan. Tapi yg seronoknya, mungkin masing-masing lebih yakin berada di tengah dan sedang seronok tembak-menembak, aku berjalan selambe ke barisan hadapan. Masa tu aku dah nampak yg bendera yg di naikkan berpihak kepada kumpulan aku. Seronok weh! Terus aku ke depan, sembunyi belakang 1 pokok. Tak jauh dari aku ada Jason. Tapi lepas tu dia tinggalkan aku sebab dah kene tembak. Aku teruskan misi. Ridhuan dah ada dalam kubu jaga bendera, Nazroel pula back-up dia dari belakang. Masa tu lah aku ambil kesempatan berganjak terus ke barisan paling hadapan. Team lawan masa tu, ada Nazrhat dan The easy target. Tembak menembak diteruskan, masa tu aku tgk Frode dah bergerak keluar. Terlalu excited menembak, aku tertembak punggung dia. Sampai sekarang dia panggil aku "cheater". Nazrhat plak?? Hmmm.. Dia jugak kene tembak dgn aku kat kepala. Itu penentu kemenangan team kami dlm 1st game. Dan kerana itu, kalau aku masih berpeluang bermain paintball bersama-sama mereka, akan bertukarlah nama team kami kepada Anti-Nazrhat dan Anti-Mai. Hehe

* Wartawan Norway yg berada dalam tahanan pihak Taliban. Haha * Gambar hiasan

* Wajah-wajah yang keletihan selepas game pertama. Tapi still maintain macho dan cute. Ahaks!

2nd & 3rd Game

Game-game berikutnya aku gabungkan dalam 1 babak. Antara sebabnya, team aku kalah. Hahaha. Masa ni jugalah aku kene tembak dgn Nazroel, my own team-mate. Geram je rasa. Aku hilang nyawa kepada rakan seperjuangan masa game ke-2. Kak Irma kena masa game pertama.

Starting game ke-2 agak kelakar. Mana tidaknya, starting point dgn kubu-kubu yg disediakan agak jauh. Masa mula-mula nak sembunyikan diri, aku dgn Kak Irma dah lari ke arah yg salah. Kami nak sembunyi dekat pondok yg terdekat, tapi kami lari ke arah pondok yg ada lubang besar sebelum sampai situ. Kalau lambat sembunyikan diri, habislah kami. Oh, aku lupa pula. Masa game pertama saja, dah bnyk yg dapat marks. Jason, Kak Paei, aku pun sama. Tapi sebab aku kena kat peha, takkan lah nak tunjukkan. Huhu

Sebelum dpt masuk pondok, aku ada sembunyi blkg kereta buruk. "War zone" ke-2 ni juga menarik. Macam dalam cerita aksi omputih. Bukan cerita aksi Melayu ya. Haha. Masa ni saja aku dah diserang berbutir-butir marker. Termasuklah dari Frode. Misi membalas dendam bermula. Misi main tipu pun sama. Nyawa dah tak ada, tapi mereka masih berjuang. Dia orang guna talian hayat kot. Ngeeee..

Masuk dalam pondok tak berapa lama Kak Irma kena tembak. Ridhuan masa tu kat seberang laluan yg disediakan. Nazroel blkg pokok. Ashphan tak tahu kat mana, Jason pula mungkin kat belakang aku. Masa sendirian tu lah aku kena tembak dgn Nazroel. Geram betul!

Masuk balik dlm game. Masuk pondok terus. Masa tu team lawan dah berjaya naikkan bendera. Masa dlm pondok tu ada aku, Jason dan Ridhuan. Jason nak lari dulu untuk gulingkan team Anti-Zul. Tapi tak berjaya sebab dia kena tembak dan dapat naikkan separuh je. Masa tu tiada siapa tahu siapa sharp shooter untuk team lawan. Sebab team anti-zul pun ada pondok. Dengan pakai mask lg, memang lah susah nak cam.

Lepas Jason keluar, Ridhuan minta tolong aku back-up dia sebab dia nak naikkan lagi separuh. Tapi, kerana ketinggian aku tidak mengizinkan, aku cakap aku tak boleh nak back-up dia sebab aku tak nampak pihak lawan. Macam biasa, cubaan bunuh diri Ridhuan akhirnya berjaya sebab kena tembak juga dan bendera kami pun tidak dapat dinaikkan sampai game habis. Team lawan menang. 1-1.

Back to meeting point, baru kami tahu yg duduk bersembunyi dalam pondok pihak lawan ialah Kak Paei dgn Nazrhat. Gembira sungguh mereka. Beroleh kemenangan dan misi membalas dendam berjaya. Seperti biasa, Frode was an easy target. Hehe

Game ke-3. Main lah tembak-tembak sampai marker habis. Sebabnya, kali ini tiada bendera yg perlu dinaikkan. Masa tetap sama, 25 minit. Frode status???Remain unchanged! Siapa yg tembak??Remain unchanged but plus with Kak Irma. Sooo easy to shoot him. Since he's wearing Orange coverall in the mid day.Haha. Aku pun main tipu masa ni. Sebab marker dah habis, last-last aku dgn Kak Irma tembak anging je. Saje gertak pihak lawan. Kami tak buang angin ye. Harap maklum. Masa ni lah perbualan di bawah bermula:

The Expert: Apa minah dua org tu buat kat dalam tu?? Peluru dah habes tu.
Mengumpat ke apa??

The expert yang lain gelakkan kami. Aku menjawab:

Maiza: Haah. Ada kenduri siap dlm ni..Haha


* Skrip di atas adalah hasil pemerhatian dan pendengaran yg baik untuk hari itu.Hahah


Masa tu lah aku dgn Kak irma berganjak keluar dengan penuh berhati-hati sebab tak nak kena tembak. Game pun habis. Kami pun dah penat. Sesi membersihkan diri, makan dan bersedia untuk pulang pun bermula selepas itu. Owh, proses pulangkan barang dan shopping juga ada. Untuk mereka-mereka yg berkemampuan. Aku??Terasa amat letih, tapi seronok. Hope we gonna have another game next time. I'm ready to marks!hehe.

* Pose jgn x pose. Hahaha


* Full dress.


* A team that is worth to play with. We all have the fun. Thanks guys!


* Kepada pembaca-pembaca sekalian, watak-watak dalam cerita ini adalah benar dan mereka berkaitan dengan yg mati mahupun yg masih hidup. Tapi tiada yg terlibat dalam kemalangan jiwa pada hari tersebut. Kalau ada yg berminat nak beri komentar-komentar andaina ada percanggahan cerita, sila kan. Bye all. Nite. Assalamualaikum dan salam sejahtera.












No comments: