Sunday, October 4, 2009

Bahagianya seorang rakan

Aku menulis lagi hari ini. Tp kali ini, hati aku berbelah bagi. Antara mahu terus menulis @ membiarkan sahaja apa yg bermain di minda tatkala ini. Aku bahagia, melihat seorang sahabat bakal menempuh hari bersejarahnya mungkin tidak berapa lama lg. Aku tidak bersamanya ketika hari-hari kelmarin, tatkala pertemuannya bersama insan yg bakal mewarnai kehidupannya. Aku tidak tahu permulaannya. Kerana ketika itu, aku dengan kehidupanku di hujung pelusuk dunia, mencari kesejahteraan diri sendiri. Bukan aku mementingkan diri, tp aku mencari sesuatu yg aku inginkan. Aku cuma mencelah dipertengahan cerita dan akhirnya, aku bersamanya ketika ini, menemani dia dalam meniti hari-hari mendatang.

Aku mengharapkan sinar kebahagiaannya akan hadir untukku jua. Pengharapan yg tiada penghujung kerana aku masih lagi di sini mencari dan menanti tibanya hari bahagia untukku. Masa adalah sesuatu yg paling berharga dan perlu aku manfaatkan sebaiknya bermula dari saat ini.Andai cahaya itu telah tersedia di hadapan mata dan aku masih kabur melihatnya, doaku padamu Ya Allah agar aku bersedia menerima apa yg telah kau ciptakan untukku. Tapi andai aku perlu waktu, masih perlu mencari di setiap inci dunia ciptaan-Mu, permudahkan lah perjalananku. Aminnnnn

No comments: