Saturday, October 17, 2009

Aku yang sebenarnya.



Hehe.Tajuk ntah apa-apa.Sebenarnya, melihat blog rakan-rakan "muka buku" aku membuatkan aku sedar, aku perlu menjadi diri sendiri. Berkongsi perihal hidup ku yg sebenarnya. Tapi mengapa bila perayaan Deepavali ini membuatkan aku berdetik untuk menulis perihal hidupku?Apakah?Haha.Biarlah.Tiada kena mengena pun kan.Ahaks!

Oh! Sebelum bercerita lebih lanjut tentang siapa aku, aku nak ucapkan Happy Deepavali pada rakan-rakan sekalian yg beragama Hindu. Semoga sambutan Deepavali pada hari ini lebih baik dari tahun-tahun sudah. Dan semoga tahun ini, kita sama-sama dapat memperbaiki diri lebih baik dari hari-hari semalam.

Hurm. Kalau ikut kemalasan hati, aku malas nak taip lebih-lebih. Nak saja aku muat naik salinan Kad Pengenalan diri aku. Senang. Semua data-data peribadi aku sudah cukup lengkap. Tapi demi menjaga keselamatan diri *mcm lah ada org nak buat apa-apa kan..hehe aku mengambil keputusan untuk tidak bertindak sedemikian. Hehe.

Gambar yg disertakan dalam entri kali ini adalah aku *suka letak gambar ni sebab org kata ada mirip Siti Nurhaliza sikit. Org kata, aku ulang je..Hehe Tapi kebanyakkan waktu sekarang ini, ada yg masih cuba berbahasa Tamil denganku. Ada juga yg bertanya padaku baru-baru ini "How's your Deepavali preparation??" Oh, God! Tapi aku akan cuba memberikan jawapan yg memuaskan untuk semua pihak walaupun pada saat itu hati ku hanya Allah saja yg tahu.

Gambar ini di ambil masa aku di semester ke-4 di UiTM Terengganu dalam fakulti Perkaunan. Suatu ketika dahulu lah. Sekarang, seperti mengikut peredaran zaman, aku juga telah BERUBAH. Macam mana caps besar yg aku gunakan, begitu jugalah aku membesar.Haha.

Maizatul Saleha bt. Hussein. Itu nama yg telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara oleh abah aku. Sedap tak? Asal kejadian nama ni, mengikut cerita emak aku diambil sempena nama sepupuku yg agak bijak dalam pelajaran*untuk nama Maizatul. Konon nak aku bijak macam anak saudaranya itu.Hehe dan Saleha pula adalah nama jururawat yg menyambut aku pada ketika itu. Tapi sampai sudahlah aku tak kenal jururawat tu sebabnya itulah kali pertama dan kali terakhir aku ada kat Hospital Sultanah Aminah tu.Hehe

Januari, pada tanggal 30 aku lahir. Pada jam 6.30 pagi. Mengikut cerita kakak sulungku, waktu emak rasa sakit hendak melahirkan, jam lebih kurang pukul 2 pagi. Dia dan abangku yang nombor 2 terpaksa berlarian *sambil dikejar anjing ke rumah sepupuku untuk minta bantuan menghantar emak ke hospital. Kasihan mereka. Apa yg aku boleh buat. Cuma sekarang aku cuma boleh ucapkan terima kasih kalian.

Oh, ya! Aku anak bongsu dari 7 adik beradik. Nak kata manja sangat tu, tak sangatlah. Orang tua ku lebih mengajar kami untuk berdikari. InsyaAllah.

Lagi apa ya??Cita-cita zaman sekolah dulu??Aku pernah berangan nak jadi jururawat, tapi akhirnya gagal bukan kerana lemah dalam pelajaran, tapi aku takut darah.Haha. Nak jadi pramugari juga pernah, sebab aku suka melancong. Tapi tidak juga kesampaian. Sebab size badan aku tidak mengizinkan.Hahaha.

Lagi???Nak lagi???Hurmmm..Cukup la sampai sini dulu. Nanti lain kali aku update lagi. Di bawah ini adalah sedikit gambar-gambar aku buat tatapan kalian. Hehe




No comments: