Sunday, July 18, 2010

Lawak antarabangsa kawan-kawan aku...

Mat Kepoh (bkn nama sebenar)-->
huh..sekarang kelas da tak best..cam ade berpuak2 la...kelas lagi satu cam wat tak taw je dgn kite..sekarang masenye kite nak buktikan..quantity bukan ukuranye..tapi kuality y jd keutamaan kitee..ayuh ex EBMS1B kite kasi gegar!!!
July 14 at 11:33pm

-ni status seorg budak lelaki kelas aku...komen2 berikutnya mengiyakan yg kelas eBMS1B telah berpuak-puak. tp komen 2 hamba Allah ni membuatkan beliau tuko stetmen...aku rase lawak giler

Belle Edwin (nama sebenar)
tapi ape2 pun kita kene ingat, our main intention to attend class is to study..make friends 2nd, klu org nak kwan kita..kawan..tak nak suda..kite just jaga part kita, study and b nice to others...^_^..jangan fikir sangat 'berpuak2' thingy tu..kite study jer.. ^_^...just my 2 cent...
July 15 at 11:31am

Nur Anessa (nama sebenar)
puak mana tu... mau kene sumpit??... kekekekek.. relax le bang long... takpa ebms1b smua pandai2 tau.. hehehehe.. masin mulut... takpe la we can try to break the barrierss.... kalau sombong gak i lekat satu2 kat dinding cam plastersin...
July 15 at 1:26pm

Mat Kepoh
hahha..korang..bile mase aku jad bang long...aneesa tu ha..die kak long kite tp mengaku mude..kihkihkih..
tuk pengetahuan korang..aku duk belakang sekali..bile d perhatikan aku tengok dlm kelas da jd cam terbahagi dua..belah kire kelas lain belah kanan kelas lain..cume Juli je y tersesat ke sebelah sane sebab dtg lambat..:-)
Saturday at 12:37am

kelas aku yg Mat Kepoh kate berpuak-puak tu sbb aritu ms 1st klas lunch depa konvoi 4 kete, aku+belle+anessa+zana+ain x join depa.kira mcm aku komplot x mau join depa. tp bl belle + anessa komen kat wall dia mcm tu, terus stetmen bertukar.

yg aku rase lwk, dia sbg bdk lelaki nk pk bende3 remeh temeh cam ni...dan aku plg suke ayat belle.1st niat is to study.making fren 2nd.belle + anessa xtau apa citer pun sbb no need kot for me to gebang in my klass...gebang ngan ko (blog aku) xpe...huhuhuuh..tu la alkisahnya...

Tuesday, July 13, 2010

Terbengkalai

Bila pilih bab tajuk, aku manusia plg lemah skali..aku plg x geti nak letak tajuk best2..ayat2 dlm ni pun nnt ntah apa2...
Tajuk terbengkalai ni sbnrnya refer pd blog aku ni yg da lama aku x usik.siap hampir nak lupa password...kalo aku update all event yg jd dlm idup aku, mestilah dlm blog ni..tmpt luahkan perasaan..mcm online diari..aku x rase privasi aku terganggu, sbb x ramai pun yg nak bace...hehehe...
hmmm....bnyk perkara yang berlaku...bkn da lupa nak start dari mana, tp aku da x rase bende2 tu semua perlu..sbb apa pun aku cube lakukan sekarang, slhnya tetap pd aku...biar la..Allah ada bukan???Allah Maha Mengetahui..

Hmmm..aku da xde idea nak membebel apa lg.Nnt aku roger lg...Salam

Jula & Juli..(ni apa yg aku rasa..)

Hi JULA & JULI

Thanks to JULI sbb meluahkan apa yg terbuku di hati dan memahami situasi JULA kerena mai paham apa yg korang rasa adalah sama. Baran mai sampai skrg membuatkan korang terasa hati. Maaf yang mai pinta. Terlalu mudah mengucap maaf, tapi hanya itu mampu mai lakukan. Mahu diputarkan waktu adalah perkara mustahil.

Sesungguhnya perkara berkecil ati ni mai dah maklum sebaik sahaja habes paper akaun. Ingtkan tak berlanjutan, tapi ati manusia x sama. Perkara ini berterusan sehingga paper mgt dan sampai la kuo result peksa. Thanks to JULI sbb ada effort utk bertanya khabar. At least lega ati kerana merasakan kesilapan malam tu tlh dimaafkan. Tp keadaan masih kaku. Sms saje bkn 1 cara komunikasi yg baik. Mcm kita blajar dlm management, semantic mungkin berlaku. Dan sememangnya telah pn berlaku.

Terima kasih pada JULI jugak sbb sedarkan mai how close between me & JULA. Terima kasih kerana usaha untuk kami berbaik-baik. Tp kenapa JULI???bukan JULA???adakah kerana JULA terlalu berkecil ati???

Panjang lebar penjelasn JULI untuk kami. Mai paham dan sedar perkara itu. Kerana pada mlm itu JULI dan JULA diherdik oleh mai, sbb itu JULI blh bercakap @ meluahkan bg pihak JULA sekali. Tp pernah x kalian terfikir apa yg mai rasa???mai phm kita xde anugerah tuk memahami perasaan org lain. Kalo ada, aman dunia ini.kalo tidak pun, semakin porak. Jadi, mai nak amik kesempatan ni nak terangkan apa yg mai rasa plak. Hanya untuk menjelaskan keadaan.

Ya. Mai mmg seorang yang baran. JULA dan JULI sndri da lihat dan rasa. Bukan x mau kontrol, tp kalo mai terus berlembut, apa yg korang dpt?cuba korang bayangkan kalo masa yg suntuk tu mai ajar sebijik2 mcm puan ayu ajar.lemah lembut, satu persatu, jaga ati, x mrh2, yg baik2 je??2 ari setengah. Bkn 2 bulan setengah. Kalo la puan ayu blh luangkan masa duduk dihadapan korng ajar sampai korang paham, mai rasa semua org boleh lulus dgn baik. Kedengaran seperti mengungkit, tp pikirkan la.

Kata JULI, mai ptt bangga sbb org yg mai ajo pandai. Kata Rizal(bukan nama sbnr) pulak ‘ seorang guru akan rasa tercabar bila anak murid pandai, akan rasa bosan bila anak murid bodoh’. Ya, mai bangga dgn markah2 JULA. Bkn sbb mai ajar, tp atas usaha dia sndri. Mai tgk i-class JULA. JULA jwb semua yg lecturer bg. Kebanyakkan nya betul. Kalo bg markah, JULA mmg dpt markah lg baik dr mai. Rasa tercabar?seharusnya mai rasa tercabar dgn markah JULA. Tipu kalo mai x jeles. Tp, ada ke org yg mengajar mahu melihat org yg di ajar bertambah bodo??lain la kalo ajaran sesat. So, kenapa isu carry mark yg ditimbulkan?ada terfikir hal lain?mungkin tidak.sbb kalian bukan berada di tempat mai.

Bagaimana pula kalo mai katakan yg “apa pula perasaan seorang guru apabila anak muridnya memang pndai tp kamus “tidak paham” itu menjadi pegangannnya??’ mcm mn JULA blh jwb yg dlm i-class yang tnpa bantuan mai dengan baik, tp bl dgn mai. “kamus tidak paham” itu JULA bawak. Tahu x apa yg buat mai mrh sgt mlm tu? Sbb nya mai jd kecewa bl jwpn korang x buat apa2 sbb korang x phm.yg korang buat sehari sebelum tu apa?? JULI blh ajar JULA, dan JULA blh ajar JULI. Korang hepi sgt ms tu sbb boleh buat. Mai pun da lega tgk korang blh buat. Tp bl mai tinggalkan korang, jwpn @ kamus “x phm” tu yg korang bg?tau x kecewa ms tu mcm mn???dgn JULA markah yg da terbaik, msh lg ada perkataan x phm tu. Ms tu mai da terfikir, apa la yg aku da ajar? Mcm mai duduk dgn korang, duduk saje2.borak2, sbb korang ttp x phm2. mai bkn ajo korang utk lg x phm.tp ms tu mai da xde daya nak ajo care terbaik mcm mn sbb esoknya da exam. Kecewa sgt2 dan akhirnya mai ilang judgmenet, ilang akal dan mrh korang. Tp kecik ati korang kan.terasa sgt2 kan. Tp ati mai. Markah tu cume faktor kecik je. Dulu lg mai da ckp kat JULA, its all ur effort.sedikit pun x dengki sbb mai tau usaha mai kat mana.mai over confident, dan i-class pun mai x jwb. Tapi Mai bersyukur sbb mai jd org yg sedar diri.

Pasal keikhlasan mai, biar Allah yg menilai sesungguhnya Dia maha mengetahui.nak kata ikhlas kang, nmpk sgt x ikhlas nya. Nak kata x ikhlas, nak ungkit satu persatu, lg la jd x ikhlas.

Bila korang silent lps abes paper akaun, mai tau yg mai x kan dimaafkan lg. tp rasa hepi bl JULA bg tau yg nenek dia meninggal. At least ada la sinar harapan yg kami masih berkawan. Tp bl mai tanya masuk asrama ke x tuk paper mgt, JULA kata x. tp dtg amik brg je. Ok. Ms tu mai sedar masih ada ati yg terasa. Khidmat mai da x dperlukan lg. Jd mai biarkan bende tu berlalu mcm tu.sampai la mlm barbeque tu. JULA bgtau x join sbb xde transport. Mai bgtau x join pun atas alasan yg sama. Tp Jimmy(bukan nama sbnr) anto Rizal untuk pikap mai. Tp zana dan ain otw,so diorang pikap mai kat asrama. Then, kamu tiba. Cube untk blagak biasa, tp cuma JULI yg berlagak selamba.borak. mcm mn mak mai da ajar, kalo pergi dgn 1 org, blk pun dgn 1 org itu la.sbb tu mlm tu mai blk dgn zana dan ain. Sbb diorang ajak.dan diorang pun da niat nak duk sma2. ingtkan lg ramai, lg meriah. Tp x sangka. Kenapa??

Lepas paper akaun, JULA blk masa mai dlm toilet. Sblm hal mlm tu, kita bncang nak duduk asrama lg sampai paper mgt. so JULA tinggalkan barang2 JULA. Tp dlm keadaan yg tidak berapa kemas. So, sblm JULI dan mai keluar, mai kemas blk tu.mai angkat tilam JULA ltk kat tmpt asal. Mak pesan, mcm mn masuk umah org, mcm tu la keadaanya bl keluar. Tu la yg mai lakukan.

Mungkin JULI x persan hal ni, tp bila masuk blk, zana dan ain tido kat bwh. Ain x tdo melintang mlm tu sbb dia tau tu tmpt JULA. Tp JULA naik katil atas. Dan bl mai tnya JULA tido atas ker, apa yg yg JULA jwb? “abes tu, dah kene halau”. Mai terkejut.sbb tilam tu kat atas bkn sbb mai nak ain dgn zana tido bwh, tp sbb mai kms sblm keluar blik lps paper akaun tu. Xde isu halau ke tidak. Dengan kata2 JULA tu, bkn stakat mai terasa, tp ain yg mendengar, mcm mn? JULA pikirlah sendiri.

Mai hanya manusia biasa.kita semua manusia biasa. Mai cume perjelaskan apa yg mai rasa. Sbb hanya mai yg tau. Mai xde kwn yg mengenali kita tuk mai mengadu. Mai xde kawan yg berada di tmpt mai ketika hal mlm tu jadik.so, mai mintak maaf. Semoga berjaya tuk semester2 yg akan dtg. Salam.

Saturday, July 10, 2010

Jula & Juli..(kalian tidak pernah tahu apa yg aku rase..)

salam..

kepada mai(aku la tu) dan Jula(bkn nama sbnr)...note panjang lebar ni...UNTUK
Juli(bkn nama sbnr) nak memperbetulkan mana yang kurang betul..tak tau nak mula kat mana untuk nampak lebih manis tapi terus terang senang..pendek cerita.( JIKA ADE AYAT NAMPAK KASAR, ITU JUJUR
Juli KATAKAN, SEMOGA DAPAT TERIMA KERANA KITA ORANG DEWASA UNTUK MEMATANGKAN FIKIRAN )

1. mai dan
Jula kawan baik sejak dari register.
2. mai jadi "DINGIN" bila
Jula dapat high mark utk test account
sedangkan mai yang ajar
3. makin "TERUK" bila carry marks
Jula dalam account lebih tinggi
dari mai
4. jika ade hal lain , itu
Juli kurang pasti..hanya ini je Juli perasan

sebagai kawan baru juga merangkap kakak kepada korang berdua,
Juli terpanggil untuk mendamaikan..
untuk mai dulu..

Juli faham mai baran,TETAPI controllah baran tu supaya tidak memudharatkan diri dan "ORANG LAIN" kerana orang lain juga ade tahap barannya tersendiri..Juli nak cakap pada mai

1. tak seharusnyer mai nak (marah/kecik hati/mungkin perasaan dengki/iri hati/bengang/tak suka/tak le terima/dll ) pada
Jula kerana markah tinggi Jula dalam account.memang mai yang ajar..tapi masa test Jula menggunakan akal dan ingatan dia sendiri untuk menjawab.tak adil kan mai nak rasa semua perasaan tu,itu usaha Jula..sama mcm cikgu, prof yang ajar kita..kalau dia ajar then kita tahu jawab, tahu buat, meaning dia ajar tu masuk, cikgu tu prof tu gembira..kita pandai, kita mendengar dan menerima dengan baik..kenapa tidak kita?kenapa tidak mai?tak cukup bangga kah susah jadi guru account kepada rakan sekelas?mai harus "BERBANGGA" dengan itu..lebih dari cukup..mai

2.mai ajar "IKHLAS" tak?ikhlas tak seharusnyer disusuli dengan segala sikap diatas..ikhlas seharusnye disusuli dengan senyuman puas kerana ajaran kita kepada orang lain berjaya..bermakna ilmu mai sangat berguna..bila disebarkan..subhanallah..terlalu bernilai hikmahnyer mai..tak terfikirkah fikiran positive sebegini

3.mai dapat markah kurang dari orang yang mai ajar,itu bukan salah orang tu, dalam kes ni (
Jula)..masa menjawab test, mai menggunakan akal dan ingatan mai sendiri..kesilapan atau kejayaan semua berpaksi pada mai sahaja..tidak kene mengene dengan orang lain terutama Jula

4.jangan kerana mai da ajar seseorang, mai ade terfikir orang tersebut susah berhutang (dalam kes ni budi pembelajaran) (KERANA JIKA ADE FIKIRAN BEGINI KITA SUDAH BOLEH DIIKTIRAF "TIDAK IKHLAS" ) dengan mai sehingga mai sesuka hati hendak melemparkan kata-kata dan perbuatan melangkaui biasa.fikirkan perasaan orang lain..kerana bila kita "BARAN" kita sudah PENTINGKAN DIRI tanpa kita sedar kita telah menyakiti hati orang lain

perkara-perkara kat atas ni ..antara mai sedar atau tak ..
Juli kurang pasti..

untuk
Jula pula..

1.walaupun mai mungkin sudah ade perasaan diatas, Jula "TAK SEHARUSNYER" lebih berkecil hati dengan mai, setiap apa negative yang berlaku, tukarkan kepada positive..cuba renungkan kalau mai tak ajar,
Jula "TIDAK AKAN TAHU APA-APA TENTANG ACCOUNT" maybe.jadi mengalah lah..berterima kasih la dengan ikhlas.orang berbudi kita berbahasa..bukan bermakna mai betul juga dalam kes ni, tetapi kita menerima dari orang yang memberi, jadi hendak la kita mengalah dulu walaupun kita baran dan berhati keras JUGA..jika kita "BERKERAS" seperti orang yang telah "BERKERAS" kepada kita, bermakna kita tak menghargai bantuan dia..kita juga nampak "PENTINGKAN DIRI"

2.
Jula sudah "PERTIKAIKAN" keikhlasan mai, kita sendiri tak tau keikhlasan tu TETAPI positive, bahawa mai ikhlas, kebenaran hanya "ALLAH" yang tahu, kita sebagai umat sudah tidak berhak mempertikaikan kerjaNYA.

3.
Jula banyak mengelak,walaupun sebenarnyer Jula cuba berdamai tapi Jula kekadang kalah dengan perasaan sendiri, mulut untuk bercakap,tangan untuk bersalam,mata untuk melihat, dan sebagainyer seolah-olah membantu untuk berbohong walhal sebenar-benar perasaan Jula juga ade terasa hati.sama seperti mai.lepas ni lakukan lah dengan ikhlas, bila kita tahu cakap ikhlas..kita pasti tahu "MAKNA dan KEBERKATANNYA"..

4.walau hati
Jula telah disakiti tanpa sedar, "REDHALA"...mungkin itu tidak disengajakan kerana terlalu mengikut "EMOSI"..langkah berdamai ni insyallah dipermudahkan untuk kebersihan hati bersama..

pada mai dan
Jula..
Juli harap sangat usia perkenalan setahun jagung ni janganlah kita hancurkan kerana perkara kecil.kita akan nampak kebudak-budakkan kerana perkara sekecil ini tidak dapat diselesaikan dengan baik.

"ikhlas lah, berterima kasih lah sesama sendiri kerana apa jua bantuan dan penerimaan sesama kita sepanjang perkenalan, sayangilah sesama kawan untuk ikatan silaturahim yang jujur, hormatilah perasaan sesama sendiri..."

apabila kita semua sebenar ikhlas..yang "SATU" tahu niat kita..kita pasti akan gembira..sebenar-benar gembira..
jika ade "KETIDAKPUASHATIAN" antara kamu berdua lagi, usulkan lah..kita selesaikan lagi..semoga sebenar-benar selesai..jika benar-benar kamu berdua mahu berdamai..bukan kerana
Juli yang suruh tetapi kerana ikatan silaturrahim sesama manusia.

pada mai "MAAF" jika
Juli ade melakukan kesilapan.."JUJUR" Juli katakan tanpa diduga Juli juga "KURANG PUASHATI" dengan mai "KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA"..terus terang Juli katakan tentang subject account yang mai turunkan ilmu pada Juli, Juli sangat berterima kasih tak terhingga, jika tiada mai memang Juli "ZERO" pada awalnyer mai ok, tetapi apabila terjadi "ISU" ni dengan Juli sekali mai abaikan..waktu tu Juli "SANGAT2 SEDIH" Juli "KECEWA" nak masuk dewan exam sebab last minute pertelingkahan berlaku...tetapi berserah pada "Allah"..alhamdulillah pass juga. ;-)

maaf juga kerana sikap mai pun
Juli ade "TERKATA" terutama "BARAN" mai kepada Jula, Juli rasa tempiasnyer sehingga Juli "MARAH" kerana mai tak hormatkan Juli, sehingga Juli sedih sampai menangis kerana mai abaikan nak ajar account Juli, sehingga Juli tak le terima sikap mai..tetapi Juli cuba "POSITIVEKAN" diri mai pernah ajar Juli..Juli mintak maaf kerana keterlaluan ni..

kepada Jula.."MAAF" jika
Juli juga ade berlaku salah kepada Jula..da macam raya dah..huh

lepas ni..matangkan la lagi fikiran kita..perkara ni "TERLALU KECIL" untuk kita bermusuh..tiada untungnyer berterusan begini..
Juli juga ade "KEKURANGAN"..kalau ade salah dari nasihat2 diatas mohon dimaafkan..mungkin tak semuanya benar tetapi kita berusaha merubah keadaan kritikal kepada asal yang tenang tanpa konflik..

fikirkan lah..
ikhlas
(
Juli - EPJJ uitm shah alam dec 09 - june 10 )

thnx 4 d note but deeply frm bottom of my heart..
Jula xdpt trime dgn kate2 mai pde Jula.. kta msih blh berkwn spt biasa cuma xsme mcm dlu.. Jula xde mslh klu nk berbaek semula dgn mai cumaJula xdpt lupakan ape yg da jd.. klu dia xsuke Jula xpe,bia Jula yg blah.. at least bnde xjd 2x.. Jula pn xslesa nk berdepan dgn dia.. so,better Jula tarik diri..

pd mai..
trus trang
Jula ckp,Jula xdpt lupe ape yg da jd..
mai pn tau knpe..
pape pn,buat kli terakhir
Jula nk ucapkan berbyk trima kasih d ats ksudian mai mengajar Jula dlm subjek acc..
Jula amt hrgai bntuan mai..
semoga kejayaan akn jd milik anda d masa hdpn..

heartless,
Jula

Juli June 17 at 3:14pm Reply
"KTA MSIH BLH BERKWN SPT BIASA CUMA XSME MCM DULU" AYAT SAPA NI?
Jula TO MAI KE MAI TO Jula ..FENIN..

MAI KATA MALAM DIA MARAH2 TU SEBAB SIKAP..SIKAP SAPA TAK TAHU..BUKAN SEBAB MARKS..DIA CAKAP DIA DA SMS
Jula BUT NO REPLY (SHE'S ASSUME THAT U HAVE NO CREDIT)

BOTH OF U ADE PLAN NAK TUKAR KELAS KAN..SO KALAU 2 2 TUKAR JUMPA GAK KAT SANA..SAMA-SAMA
Juli JEK TAKDE SEBAB STILL KAT KELAS SAMA HEHE..DARI TAKDE YANG TAHU..NI NINA INFO SENANG..

(taken from fesbuk message)

My reply was so simple. Please read the following:

To Jula & Juli. Mai da bace luahan ati korg dlm fesbuk.mai xdpt nak reply.line tenet xde & tlalu bnyk nak tulis smpai mai decide xyah tulis apa2.mai mintak maaf.tu je yg mampu.cme nak info yg mai x tkr klas.salam.

***Pernah kah kalian bertanya kenapa aku bertindak di luar kawalan???TIDAK!jadi aku tidak perlu menjelaskan apa yg sebenarnya terbuku di hati sehingga mengasari kalian. beribu kali aku mohon maaf sekalipun tidak akan dpt merubah apa2.segalanya yg kita kongsi bersama akan tetap aku rindui. cume aku perlu kan perubahan supaya aku punya lebih ruang untuk bernafas. Mcm yg Jula doakan untuk aku, aku juga berharap kejayaan terus bersama ku untuk masa depan ku jua. aku akan tetap mendoakn untuk kamu. Terima kasih atas bantuan & pertolongan yg pernah kalian berikan. Aku tidak punya kata-kata yg indah untuk diucapkan. Semoga kita tetap berjuang. Walaupun bukan bersamaku, tp aku tidak akan pernah putus berharap agar Allah merestui perhubungan ikhlas kita suatu ketika dahulu. Salam buat Jula & Juli.