Tuesday, September 29, 2009

Hanya org bodoh akan jatuh pd lubang yg sama setiap masa..

Aku membaca petikan ini di study board seorang rakan masa di universiti dulu.Dia seorang junior dan akhirnya kini menjadi adik angkatku. Aku sering teringat petikan itu, namun aku selalu merasakan aku adalah org itu.Aku adalah si bodoh itu. Memikirkan petikan tersebut menjadikan aku makin lemah apabila sesuatu yg ku harapkan menjadi baik bertukar menjadi yg sebaliknya.

Aku bukan menyalahkan takdir di sini. Tidak juga menyalahkan org lain yg cuba untuk membantu memperjelaskan keadaan. Tapi aku sedang menyalahkan diri sendiri. Kenapa??Sedangkan aku tahu kesudahannya. Kenapa??Sedangkan aku tahu, ada yg tidak suka. Kenapa??Memikirkan kehendak, keinginan dan kepentingan org lain dari kebahagiaan diri sendiri. Jangan fikirkan org lain untuk kebahagiaan diri sendiri. Tapi itu tidak bisa aku lakukan dan kini makin hari, tiap waktu ia memakan diri. Sedikit demi sedikit. Terhakis, terhapus, mereput, rapuh. Aku goyah. Aku celaru. Aku keliru.

Aku cuma ingin berbicara. Mengikut rasa hati. Minta dimengerti. Namun diiringi semua ini diiringi dengan sokongan tanpa aku fikirkan kewarasan tindakan yg ku ambil. Benar katanya, aku akan menyesal kemudian jika aku tidak melakukannya sekarang??Tp setelah melakukan, kenapa terbit kekesalan itu. Adakah sekarang aku kesal setelah melakukan dr menyesal sebelum melakukan??

Aku yakin aku masih tidak kehilangan. Masih berdampingan. Tp aku tidak pasti adakah yg aku mahu masih ada di situ. Sedangkan kini aku lari, menghilangkan diri. Kerana aku masih sedar akan kekurangan insan hina ini. Dan sejarah lalu, masih menghantui. Yg kadangkala membuat aku rasa ia akan terus mnghantui diri.

Aku bukan tidak mahu berhadapan dgn mu. Tp aku malu. Kerana setiap waktu yg diambil seakan-akan mengejek-ejek ku. Mencemikkan wajahnya, tertawa lucu melihat aku yg terus leka mengejar sesuatu yg entahnya mahu padaku atau pun tidak.

Kenapa aku harus menjadi insan bodoh itu?? Adakah aku memang sebenarnya bodoh atau aku sememangnya mudah diperbodohkan??Atau lubang yg ku maksudkan itu juga bodoh??Tidak mahu memahami bahawa kadangkala insan ini hanya hamba Allah yg biasa, tidak dikurniakan mukjizat agar menyedari bahawa lubang itu masih tetap sama???

*Kepada sesiapa yg bertanggungjawab terhadap lubang-lubang yg ada, sila la ambil tindakan segera untuk menutup lubang itu supaya tidak lg berlakunya kemalangan yg sama berulang.Kalau tidak mampu melakukannya secara sendirian, sila laporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan segera boleh di ambil. Khidmat pesanan dr Jabatan Kerja Raya.hahahhaha

No comments: