Sunday, September 27, 2009

Menyesal setelah melakukan @ tidak melakukan??

Apa yang bermain di fikiran tatkala membaca persoalan di atas??Adakah yg difikirkan adalah perkara yg baik-baik atau sebaliknya??Respon yg aku terima dari beberapa teman YM, teman FB dan juga keluarga agak menjurus ke arah yg negatif.Oh, tidak!Jangan fikir yg tidak-tidak.Salahku
kerana tidak menjelaskan duduk perkara yg sebenar.

Ia melibatkan 2 hati yg berbeza.Berkaitan dgn hati dan perasaan. Menyesalkah kamu setelah kamu meluahkan apa yg terbuku di hati??Atau menyesalkah kamu andai apa yg dirasakan hanya disimpan kemas-kemas dan akhirnya memakan diri??

Aku tidak menyesal meluahkan.Sekurang-kurang aku tahu yg dia tahu. Aku tidak akan terus bermonolog sendirian memikirkan adakah dia juga sepertiku. Merasai setiap perilaku ini membawa 1001 pengertian.

Seperti kata org, yg benar itu pahit. Aku berani kerana benar.Tp kebenaran itu kadang kala manusia sukar menerimanya.Jadi, aku akan menyesal andai apa yg telah diluahkan menjadi pemutus kepada sebuah persahabatan.

Kepada seorang rakan, mengertilah bahawa aku hanya meluahkan apa yg aku rasa.Ianya bukan paksaan. Aku mengharapkan pengertian. Aku tidak mahu kehilangan kamu dgn apa yg telah berlaku. Bukan salahmu berlaku sopan dan memberi kegembiraan.

*Aku suka dia ma..Dia tidak cantik ma..Yang sedang-sedang saja..Yang penting dia setia....Hahahaha

No comments: